Wednesday, August 13, 2008

Doa Mencintai Allah

Doa Mencintai ALLAH

Ya Allah… kurniakanlah untukku cinta-Mu dan cinta
Orang-orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat
Mendekatkan aku kepada cinta-Mu

Ya Allah… segala pemberian-Mu yang aku sayangi, jadikanlah
Ia kekuatan bagiku untuk mencintai-Mu. Segala yang
Engkau pisahkan dariku sedangkan ia sangat aku sayangi,
Jadikanlah ia ruang untuk cinta-Mu dalam diriku.

Ya Allah… Berikanlah kekuatan untuk mengutamakan
Cinta-Mu berbanding cintaku kepada keluarga, harta dan
Air dingin ketika dahaga.

Ya Allah… Berikanlah aku kekuatan untuk mencintai-Mu,
Para malaikat, nabi-nabi-Mu dan hamba-hamba-Mu yang soleh

Ya Allah… Hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan
Jadikanlah aku hamba-Mu yang Engkau cintai

Ya Allah… Berikanlah kekuatan untuk mencintai-Mu
Sepenuh hatiku dan redha kepada-Mu dalam setiap usahaku.

Amin…Amin…Ya Rabbal aa..lamin

Wednesday, June 4, 2008

MODUL PERTANDINGAN ENTREPRENEURSHIP KICK START SEMPENA HARI KOPERASI SMKSR 2008

“KOPERASI SEKOLAH MEMUPUK KEUSAHAWANAN”

BUSINESS PLAN
(RANCANGAN PERNIAGAAN)
Ialah sebuah dokumen bertulis yang memberi keterangan berkenaan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh.

1.0 KEPENTINGAN BUSINESS PLAN
v Memberi peluang untuk usahawan melihat dan menilai idea atau projek perniagaan
dengan teliti, objektif, kritikal dan praktikal
v Memberi gambaran sama ada projek yang dicadangkan ini berdaya maju atau tidak
v Membantu usahawan menganggarkan keperluan sumber-sumber dan pengagihan
sumber ini dengan baik dan jelas
v Meyakinkan pihak-pihak lain bahawa projek ini berdaya maju dan sesuai untuk
pelaburan atau pembiayaan.
v Menyedarkan usahawan akan masalah-masalah yang mungkin timbul dalam
melaksanakan projek perniagaan ini.

2.0 DIPERLUKAN OLEH :
v Usahawan
v Institusi Kewangan / Pelabur
v Pembekal
v Kakitangan
v Pengeluar Tender / Kontrak

FORMAT BUSINESS PLAN (RANCANGAN PERNIAGAAN)
BAHAGIAN-BAHAGIAN UTAMA BUSINESS PLAN
§ Muka hadapan
§ Isi kandungan
§ Bahagian 1 : Pengenalan
§ Bahagian 2 : Tujuan Rancangan Perniagaan (RP)
§ Bahagian 3 : Latar Belakang Perniagaan
§ Bahagian 4 : Latar Belakang Ahli Kongsi
§ Bahagian 5 : Rancangan Pentadbiran
§ Bahagian 6 : Rancangan Pemasaran
§ Bahagian 7 : Rancangan Operasi

MUKA SURAT HADAPAN
Senaraikan :
· Logo perniagaan
· Nama perniagaan dan alamat
· Nama dan tingkatan setiap ahli kumpulan

BAHAGIAN 1 : PENGENALAN
Nyatakan :
· Apakah jenis perniagaan yang diceburi dan sebab menceburinya. Cth : Perkhidmatan
· Dimanakah perniagaan ini dijalankan
· Bila perniagaan ini akan dijalankan
·
BAHAGIAN 2 : TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN
Nyatakan sama ada Rancangan Perniagaan ini disediakan untuk :
· Memohon pembiayaan kewangan dari pihak-pihak tertentu
· Merancang perlaksanaan projek baru
· Dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan

BAHAGIAN 3 : LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
Maklumat-maklumat penting yang perlu dinyatakan termasuk :
· Nama perniagaan
· Alamat perniagaan
· Alamat Surat menyurat (Jika berlainan)
· No. Telefon
· Bentuk perniagaan – Perkongsian, individu, Berhad, Sdn Bhd
· Kegiatan/produk utama perniagaan, kemudian diikuti produk sampingan
· Modal Permulaan

BAHAGIAN 4 : LATAR BELAKANG PEMILIK/AHLI KONGSI/
PEMEGANG SAHAM
Nyatakan maklumat pemilik/setiap ahli kongsi yang meliputi :
· Nama penuh
· No Kad Pengenalan
· Alamat tetap

BAHAGIAN 5 : RANCANGAN PENTADBIRAN
5.1 Pengenalan organisasi
- Alamat organisasi
- Pelan lokasi organisasi
- Kemudahan infrastruktur – tempat letak kereta, jalanraya dsb

5.2 Lakarkan carta organisasi perniagaan
- Persembahkan struktur organisasi dalam bentuk carta organisasi

BAHAGIAN 6 : RANCANGAN PEMASARAN
6.1 Barangan atau perkhidmatan
- Nyatakan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan
- Kaitkan penawaran barangan dengan kehendak dan keperluan pengguna yang ingin
diberi kepuasan (Kenapa memilih produk tersebut untuk ditawarkan kepada pengguna)
6.2 Sasaran pasaran
- Nyatakan profail/jenis pelanggan di sekitar kawasan perniagaan yang dipilih
6.3 Pesaing-pesaing utama
- Kenalpasti pesaing-pesaing utama di kawasan pasaran anda
- Senaraikan kekuatan dan kelemahan pesaing utama ini
6.4 Strategi pemasaran
- Nyatakan strategi yang akan digunakan bagi mencapai jualan yang diramalkan. Strategi-strategi ini boleh dibuat berpandukan kepada :
6.4.1 Strategi Barangan
- Rekabentuk barangan atau penjelasan pakej perkhidmatan
- Corak pembungkusan dan jenama
6.4.2 Strategi promosi
- Bentuk promosi yang dicadangkan
6.4.3 Strategi harga
- Harga seunit atau sejam yang dicadangkan
6.4.4 Strategi edaran
- Corak pengedaran yang dicadangkan
- Kenderaan atau kakitangan pemasaran yang diperlukan

BAHAGIAN 7 : RANCANGAN OPERASI
7.1 Proses operasi dan carta aliran proses
- Senaraikan langkah-langkah utama dalam proses operasi dan persembahkan dalam
bentuk carta aliran proses
7.2 Keperluan bahan
Senaraikan perkara-perkara berikut :
- Jenis-jenis Bahan (bahan mentah atau stok barangan) yang diperlukan
- Kuantiti yang diperlukan untuk setiap jenis (dalam bentuk RM, bilangan atau kedua-duanya)
- Stok simpanan bahan (jika ada)
- Harga belian
7.3 Tenaga pekerja
- Senaraikan jawatan dan jumlah tenaga pekerja operasi serta imbuhan yang dicadangkan
7.4 Susunatur Ruang Operasi
- Nyatakan justifikasi susunatur ruang operasi dan sertakan pelan susunatur ruang ini

Sekian Terima kasih, Selamat Mencuba

Disediakan oleh
Cik Noraini Johari
SMK Simpang Rengam

PERTANDINGAN ENTREPRENEURSHIP KICK START

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. Pertandingan ini WAJIB disertai oleh semua kumpulan (pelajar) yang akan berniaga
2. Setiap kumpulan mesti mempunyai 5 - 6 orang ahli
3. Penilaian akan diambil dari aspek ;
i) Rancangan perniagaan - 30%
ii) Pengurusan perniagaan - 25%
iii) Hasil Jualan - 30%
iv) Kreativiti - 15%
4. Kumpulan pelajar yang akan berniaga boleh mendapatkan borang daripada :
- Cik Noraini Bt Johari
- Pn Aniza Bt Sahrim
5. Rancangan perniagaan perlu dihantar sebelum tarikh perniagaan sebenar (25 Jun 2008)
6. Rancangan perniagaan mestilah dalam bentuk bertaip
7. 1 Kumpulan hendaklah menghasilkan 1 rancangan perniagaan